Rawatan Sakit Leher, Tengkuk & Frozen Shoulder
Bebaskan sangkutan sendi bahu dan hilangkan beban berat di tengkuk
Kerja berjam-jam di hadapan skrin komputer atau telefon pintar sering menarik kepala ke hadapan, meletakkan beban 5 kali ganda pada tulang leher. Masalah ini sering melarat menjadi saraf tersepit leher (cervical radiculopathy) atau bahu beku (frozen shoulder) di mana tangan tidak lagi boleh diangkat melepasi kepala. Kami mengembalikan mekanik scapula dan sangkar rusuk agar bahu anda bebas berputar tanpa rasa terkunci.
Gejala Yang Sering Dialami
- Sakit menikam di sendi bahu terutama waktu malam semasa tidur mengiring
- Ketidakupayaan mengangkat tangan ke atas atau memutar tangan ke belakang pinggang
- Rasa berat seperti memikul batu di atas kedua-dua belah bahu dan tengkuk
- Sakit kepala bermula dari pangkal leher merebak ke dahi (cervicogenic headache)
Program Ini Sangat Sesuai Untuk
- Pesakit Frozen Shoulder yang tidak boleh menyikat rambut atau zip baju di belakang
- Pekerja korporat dengan sakit tengkuk berlarutan dan kerap diserang migrain
- Pemandu jarak jauh yang mengalami kebas di bahagian jari-jemari tangan
- Individu yang tidur sering tersalah bantal dan tengkuk kaku
Langkah Rawatan & Terapi Di mechaXPAIN
1. Pengukuran Julat Gerakan (ROM)
Ujian goniometer untuk menentukan sudut pergerakan bahu dan fleksibiliti servikal.
2. Mobilisasi Kapsul & Terapi Tisu Lembut
Regangan sendi tahap klinikal bagi memecahkan lekatan fibrotik pada kapsul sendi bahu.
3. Pengaktifan Otot Penstabil Scapulothoracic
Latihan menggerakkan bilah bahu secara bebas untuk mengelakkan sangkutan impingement.
4. Koreksi Postur Ergonomik Meja Kerja
Penyesuaian posisi skrin dan latihan regangan mikro harian.

Sakit Saraf Belikat Turun Dari 10/10 Ke 2/10 Daily!
“Sakit saraf belikat terasa mencucuk sampai ke leher dan susah nak angkat tangan. Selepas bimbingan biomekanik di mechaXPAIN, sakit dah turun dari 10/10 ke 2/10 setiap hari!”

Kebas Tangan & Lemah Genggam/Memulas Kembali Normal!
“Pemeriksaan Terapi Buka Saraf mendapati ada 2 saraf tersepit di 3 lokasi berbeza (multiple nerves impingement) yang menyebabkan tangan lemah menggenggam, sukar memulas dan kebas. Selepas terapi mechaXPAIN, kekuatan tangan kembali normal dan tiada simptom kebas!”
Hasil & Faedah Selepas Program Rawatan
Sedia untuk bebas daripada kesakitan ini?
Tempah konsultasi 1-on-1 bersama fisioterapis bertauliah.